
Pengerusi EAIC, Datuk Yaacob Md Sam berkata, sesi pendengaran awam itu ditetapkan pada 15 hingga 19 Mei; 5 hingga 9 Jun; 10 hingga 14 Julai; dan 24 hingga 28 Julai di Bilik Pendengaran EAIC, Aras 11, Bangunan Menara Usahawan, Presint 2 di sini dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang.
Beliau berkata, EAIC akan memanjangkan jemputan kepada keluarga tahanan (si mati), Polis Diraja Malaysia, Majlis Peguam Malaysia, Suhakam, Kementerian Dalam Negeri serta pihak berkepentingan selaras Seksyen 36 Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009.
“Pendengaran awam ini yang akan diketuai saya dan beberapa pesuruhjaya lain merupakan lanjutan siasatan awal pasukan petugas EAIC bagi mengesan sama ada terdapat salah laku dalam kes melibatkan kematian Balamurugan semasa dalam tahanan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Balamurugan, 44, ditemui mati di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada 8 Februari lalu.
Kenapa masih belum ada tangkapan kes Balamurugan, kata peguam
82 gambar bedah siasat bukti jelas punca kematian, kata peguam