
Pemain pilihan ke-6 itu hanya mengambil masa 34 minit untuk menewaskan pemain India, Dipika Pallikal 11-9, 12-10 dan 11-6.
Nicol yang mengintai kejuaraan kesembilan dunia, mengakui lawannya memberi tentangan sengit di awal perlawanan, namun beliau gembira mendapat kembali rentak pada set penentuan untuk meraih kemenangan tersebut.
“Saya memberi banyak ruang kepada lawan saya untuk melakukan serangan pada awal perlawanan, tetapi saya gembira dapat mengawal permainan dan mencapai sasaran.
“Saya mendapat kembali rentak pada set ke-3 untuk menampilkan permainan sebenar saya,” katanya dipetik laman sesawang kejohanan, www.elgounasquashopen.com.
Nicol, juara dunia 8 kali, akan berdepan pilihan ke-10, Annie Au di pusingan ke-2 hari selepas pemain Hong Kong itu menumpaskan pemain daripada pusingan kelayakan, Rowan Elaraby dari Mesir 11-2, 11-8 dan 14-12 dalam 1 lagi aksi pusingan pertama.
Sebagai rekod, pemain kelahiran Pulau Pinang itu meraih kejuaraan dunia pada 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2014.