Seks gadis bawah 16 tahun tetap rogol, kata Azalina

Seks gadis bawah 16 tahun tetap rogol, kata Azalina

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata perogol juga tidak terlepas daripada dakwaan merogol walaupun berkahwin dengan mangsa.

azalina-othman_rogol_600
KUALA LUMPUR:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata mana-mana individu yang melakukan hubungan seks dengan gadis berumur 16 tahun ke bawah, sama ada secara rela atau paksa tetap dikategorikan sebagai rogol.

Azalina dalam satu kenyataan hari ini berkata perkahwinan antara mangsa dengan perogol tetapi tidak menyebabkan pesalah itu terlepas daripada pendakwaan.

“Pelaku tidak akan terlepas daripada hukuman sekiranya melakukan hubungan seks dengan gadis bawah 16 tahun.

“Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan,” katanya.

Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara antara 5 hingga 30 tahun dan sebatan.

Azalina berkata isu ini tidak patut diputar belit mana-mana pihak kerana ia perlu ditangani bersama untuk masa depan generasi akan datang.

Beliau juga berharap sebaik saja cadangan pindaan rang undang-undang Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 semalam diluluskan, isu melibatkan kanak-kanak dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.