
Timbalan ketua polis negeri, SAC Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di kediamannya di sini kira-kira 3 pagi semalam.
Katanya, 24 calon perajurit muda membuat laporan di Balai Polis Port Dickson mendakwa telah diugut untuk menyerahkan wang tunai dan telefon bimbit setelah dibawa ke stesen Petronas Batu 4, Port Dickson dan kemudian ditinggalkan di situ.
Polis kini giat mengesan 4 lagi rakan subahat suspek dengan 3 daripadanya adalah bekas anggota tentera, katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Sebelum ini, laporan yang mendakwa seramai 24 calon Perajurit Muda lelaki telah diperas ugut oleh seorang lelaki beruniform tentera Jumaat lepas, tular di media sosial.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.