
Masir berkata, seperti yang diumumkan perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam, hubungan diplomatik 2 negara masih dikekalkan dan rakyat Korea Utara masih bebas untuk melawat negara ini, begitu juga sebaliknya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Penyampaian Watikah Pelantikan Lembaga Hakim Pelawat Peringkat Negeri Sarawak di Pejabat Penjara Negeri Sarawak, Jalan Puncak Borneo hari ini.
Masir turut mengesahkan bahawa Jabatan Imigresen Sarawak baru-baru ini telah menahan beberapa pekerja rakyat Korea Utara kerana didapati bekerja tanpa permit yang sah, tetapi kesemua mereka telah pun dihantar pulang ke negara asal.