
Annuar, 61, yang juga Ahli Parlimen Ketereh, dikejarkan ke hospital tersebut oleh abangnya, Abdul Sattar Musa, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU) dan berada dalam keadaan stabil.
Menurut Abdul Sattar, beliau yang tinggal berdekatan dengan rumah Annuar segera menghantar adiknya itu ke HUSM pada pukul 6.15 pagi selepas Annuar mengalami muntah-muntah dan sakit dada.
“Selepas dirawat keadaan Annuar kini stabil dan tidak membimbangkan tetapi doktor menasihatkannya supaya banyak berehat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Abdul Sattar memohon kepada orang ramai supaya tidak melawat adiknya buat masa ini di hospital itu kecuali keluarga terdekat supaya Annuar dapat rehat secukupnya.
“Saya berharap orang ramai mendoakan kesihatannya agar segera kembali sihat dan dapat menjalankan tanggungjawabnya selepas ini,” katanya.