Sumber: Tiada ‘perang harga’ minyak buat masa ini

Sumber: Tiada ‘perang harga’ minyak buat masa ini

Sumber memberitahu harga petrol di semua stesen akan sama sehingga mekanisme diskaun dimuktamadkan

 

minyak
PETALING JAYA:
“Perang harga” antara peniaga petrol tidak akan berlaku dalam masa terdekat kerana mekanisme diskaun belum dimuktamadkan lagi oleh kerajaan.

Mekanisme diskaun ini membolehkan syarikat minyak dan pengusaha stesen memberi diskaun ke atas harga minyak yang ditetapkan kerajaan.

Sumber daripada Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia (PDAM) memberitahu FMT, buat masa ini, harga petrol di semua stesen akan sama apabila kerajaan menetapkan harga petrol dan diesel setiap minggu bermula malam ini.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan harga petrol dan diesel baru akan ditetapkan setiap minggu dan bukannya secara bulanan.

Harga baru akan diumumkan pada setiap Rabu dan berkuat kuasa pada hari berikutnya.

“Kami diberitahu akan ada diskaun yang boleh dipohon tetapi proses ini belum dimuktamadkan lagi,” kata sumber itu.

Sumber mendedahkan PDAM terlibat dalam perbincangan mengenai mekanisme diskaun tetapi tidak pasti bila ia akan dimuktamadkan.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak yang mahu memberi diskaun ke atas harga yang ditetapkan boleh berbuat demikian selepas menerima kelulusan daripada kementerian.

Beberapa individu dalam perniagaan ini menyuarakan kebimbangan peruntukan diskaun mungkin membawa kepada “perang harga” antara syarikat minyak dan pengusaha stesen serta meletakkan pengusaha kecil di pihak yang rugi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.