
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata menerusi inisiatif ini syarikat bumiputera yang berkelayakan harus bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan kontrak bagi projek berkenaan berlandaskan merit.
“Kontrak ini bukan diberi sesuka hati, tetapi mereka mesti buktikan kemampuan dan pertimbangan akan dibuat berasaskan merit,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera, hari ini.
Najib berkata pakej LRT 3 terdiri daripada kerja sivil dan sistem termasuklah jejambat dan bangunan parkir melibatkan 9 pakej, laluan terowong bawah tanah (1 pakej), depot kereta (2 pakej), depot bas (3 pakej), kerja sistem, pembekalan bahan binaan dan lain-lain.
Beliau berkata kontraktor bumiputera G2 hingga G7 di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berpeluang mengambil bahagian dalam 4 kategori utama.