BN mahu Trenglish diperluaskan di Terengganu

BN mahu Trenglish diperluaskan di Terengganu

Hampir 75% calon SPM yang terlibat dalam program Trenglish tahun lepas lulus mata pelajaran bahasa Inggeris

trenglish-3
KUALA TERENGGANU:
Hampir 75% calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terlibat dengan program Trenglish pada tahun lepas berjaya lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Bazlan Abdul Rahman (BN-Batu Rakit) berkata ia adalah peningkatan ketara berbanding 71.43% pelajar yang lulus mata pelajaran itu pada 2015.

“Ini membuktikan program Trenglish itu berjaya melonjakkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar, namun sayang sekali kerana dari 501 sekolah di Terengganu, program itu hanya dilaksanakan di 50 sekolah sahaja….hanya sekitar 10%.

Sehubungan itu, saya berharap kerajaan negeri dapat melihat semula pelaksanaan program ini, agar dapat diperluaskan kepada lebih banyak sekolah, mungkin 250 sekolah dalam masa terdekat,” katanya ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini.

Program Trenglish mula diperkenalkan di Terengganu pada 2014 hasil kerjasama kerajaan negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dengan pendekatan interaktif yang berteraskan komunikasi seperti kem Trenglish, drama dan nasyid.

Bazlan juga berharap kerajaan negeri dapat memperkasakan semula sekolah-sekolah elit dan perdana di Terengganu dengan mengaktifkan beberapa bidang yang boleh menonjolkan kreativiti pelajar seperti robotik, aeronatik, memanah, astronomi dan sukan berkuda.

“Satu ketika dahulu, sekolah-sekolah ini sering menjadi pilihan pelajar cemerlang, namun akhir-akhir ini ia agak suram…mungkin ia kembali menjadi rebutan sekiranya ada keistimewaan dan keunikan tersendiri di sekolah tersebut,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.