Tanpa pawagam, festival filem diadakan di Arab Saudi

Tanpa pawagam, festival filem diadakan di Arab Saudi

Ini kali ketiga berturut-turut festival filem tahunan diadakan di Arab Saudi selepas terhenti selama 7 tahun.

ahmadMaula-saudiFilmFest
DHAHRAN: Festival Filem Saudi dibuka hari ini dengan 58 karya tempatan akan ditayangkan di negara ultra konservatif yang masih lagi mengharamkan pembukaan panggung wayang umum.

“Selamat datang kepada semua pembikin filem, pengkarya seni dan pencipta harapan,” kata pengarah festival Ahmed al-Mulla kepada peserta pada majlis pembukaan yang disiarkan secara atas talian.

Edisi keempat festival itu pada mulanya dijadualkan berlangsung pada 23 hingga 28 Mac di Dhahran, tetapi ditangguhkan susulan keadaan cuaca ribut.

Ini kali ketiga berturut-turut festival filem tahunan diadakan di Arab Saudi selepas terhenti selama 7 tahun.

Festival itu termasuk 4 pertandingan untuk filem cereka, dokumentari, penerbitan pelajar dan skrip yang diterbitkan.

Ia dijadualkan dimulakan dengan drama, memandangkan usaha negara itu untuk mengembangkan halangan terhadap hiburan daripada konservatif.

“Wasati” arahan Ali Alkalthami berdasarkan kepada kisah besar golongan ekstremis yang cuba mengganggu persembahan teater universiti di Riyadh, 10 tahun lalu.

Arab Saudi pada penghujung tahun lalu secara berhati-hati mula memperkenalkan hiburan, walaupun terdapat bantahan daripada golongan ekstremis Islam.

Acara lain ialah kumpulan teater New York iLuminate, festival budaya pop Comic-Con dan gusti WWE.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.