
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 22 Mac berkata Program Transformasi Negara (NTP) mencipta 1.8 juta pekerjaan antara 2010 dan 2016.
Ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Transformasi Global 2017 di sini, Najib berkata menerusi NTP tiada rakyat Malaysia yang akan ketinggalan dan semua keperluan rakyat akan dipenuhi.
Dalam Laporan Tahunan 2016, Bank Negara mendedahkan kadar pengangguran kalangan belia di Malaysia mencecah 10.7% pada 2015, iaitu 3 kali lebih tinggi berbanding kadar pengangguran negara iaitu 3.1%.
Bank pusat itu menyatakan 61% daripada keseluruhan jumlah pekerja menganggur ialah belia, walaupun golongan itu hanya membentuk satu pertiga tenaga kerja.
Katanya, belia dengan pendidikan tinggi ialah kalangan tertinggi yang tidak bekerja iaitu 15.3%.
Data itu juga mendedahkan kadar pengangguran tinggi direkodkan dalam populasi berumur 20-24 tahun, dengan kadar 42% pada 2015, disusuli umur 25-29 tahun (20.4%) dan umur 15-19 tahun (19%).
Pada 2015, Bank Negara berkata kadar pengangguran belia meningkat 1.2% daripada anggaran 9.5% hingga 10.7%, sementara kadar pengangguran negara meningkat hanya 0.2% (2.9% to 3.1%) bagi tempoh yang sama.
Mengejek perdana menteri, Dzulkefly berkata: “Dia nampaknya sedar masalah sebenar pengangguran belia.”
“Jadi, apa yang sedang berlaku Encik Perdana Menteri.”
Beliau berkata pengumuman Najib yang “tidak ada rakyat Malaysia ketinggalan” tidak meyakinkan dengan pendedahan laporan Bank Negara.
“Ini sangat membimbangkan. Ia kesan langsung dengan peningkatan masalah sosial, pembabitan belia dalam dadah dan aktiviti jenayah, akan menjadi kesan akibat yang jelas.
“Keperluan kebajikan masyarakat secara keseluruhan perlu ada menerusi peningkatan program sosial dan kebajikan bagi membantu kumpulan kritikal ini,” katanya.
Beliau berkata ada banyak sebab berlakunya pengangguran belia, termasuk perkembangan tidak seimbang antara pekerjaan yang diwujudkan dengan pencari pekerjaan dan salah padan dalam kemahiran antara permintaan pekerjaan dan pengeluaran.
Bagaimanapun, katanya tidak banyak yang sudah dilakukan bagi menangani masalah itu.
Berkata pengangguran belia dan ramai orang menganggur masih menjadi masalah, Dzulkefly berkata: “Maaf PM, anda gagal.”