3 lagi mangsa culik Malaysia diselamatkan tentera Filipina

3 lagi mangsa culik Malaysia diselamatkan tentera Filipina

Tiga kru kapal tunda Serudong 3 itu diselamatkan dalam satu operasi di perairan Sulu, tengah malam tadi.

culik-3
TAWAU:
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengesahkan 3 lagi rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di perairan Dent Haven, Lahad Datu, pada Julai tahun lalu, diselamatkan pasukan keselamatan Filipina, tengah malam tadi.

Fandy Bakran, 27; Mohd Jumadil Rahim, 24, dan Mohd Ridzuan Ismail, 33, diselamatkan dalam satu operasi di perairan Sulu, kata Komander Esscom, Datuk Wan Abd Bari Wan Abd Khalid.

“Itu saja yang boleh saya sahkan setakat ini, mereka sudah diselamatkan,” katanya kepada Bernama tanpa mengulas lanjut.

Bernama difahamkan 3 mangsa itu sudah dibawa ke kem tentera Filipina.

Khamis lalu, 2 rakan mereka yang turut menjadi mangsa culik, Tayudin Anjut, 46, dan Abd Rahim Summas, 63, diselamatkan pasukan keselamatan Filipina.

Tayudin dan Abd Rahim Summas kini berada di Kuala Lumpur.

Dalam kejadian 18 Julai lalu, 5 rakyat Malaysia diculik kumpulan Abu Sayyaf selepas kapal tunda Serudong 3 yang dinaiki mereka, ditemui dalam keadaan enjin masih hidup di perairan Dent Haven di Lahad Datu.

Najib jumpa 2 mangsa culik Abu Sayyaf

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.