
Menurut kementerian, universiti yang terlibat telah mengambil tindakan dengan menggantung pengajian 3 penuntut yang terlibat sehingga kes selesai di mahkamah.
Dalam kenyataan dikeluarkan, kementerian berkata pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyelesaikan kes tersebut.
Menurut laporan media, 3 penuntut universiti awam yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran ganja Khamis lepas digantung pengajian serta-merta.
Tiga penuntut universiti awam di Serdang ditahan dalam serbuan di asrama selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran ganja di pusat pengajian mereka sejak setahun lalu.
Dalam serbuan itu, polis menemui 5 paket ketulan daun kering mampat dipercayai ganja seberat 1.2 kilogram dianggarkan bernilai RM2,500 dalam bilik suspek.
Saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif ganja dan ditahan reman sehingga 30 Mac ini bagi membantu siasatan.