
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan berkata, mangsa berumur 31 tahun itu merupakan pekerja binaan di blok lain dan bukan di tempat kejadian.
“Ketika kejadian, pekerja asing itu tidak sepatutnya berada di tempat kejadian. Jadual tugas juga menunjukkan dia tidak bekerja ketika kejadian berlaku.
“Polis masih menyiasat kenapa mangsa berada di tempat kejadian,” katanya selepas majlis sambutan Memperingati Hari Polis Ke-210 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 8.50 pagi semalam, pekerja binaan dikenali sebagai Bhim Bahadir meninggal dunia di tempat kejadian setelah terjatuh di atas gondola, sebelum menghempap seorang pekerja warga Bangladesh yang berada di dalamnya di tapak pembinaan bangunan baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Rakan sekerjanya pula, seorang warga Bangladesh, Mohammad Abul Hosen, 45, patah tangan kanan setelah dihempap mangsa dan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Pekerja Nepal maut jatuh atas gondola, hempap pekerja Bangladesh