
Penafian itu dibuat ketua setiausaha sulit kepada perdana menteri Datuk Iskandar Mohd Kaus selepas surat kononnya Najib meminta bantuan supaya sokongan terus diberikan kepada beliau tular di media sosial.
“Surat palsu yang diedarkan itu menggunakan kertas rasmi kerajaan dan ditandatangani sendiri oleh perdana menteri telah dikirimkan kepada pengerusi dan ketua pegawai eksekutif organisasi swasta dan syarikat kepunyaan Kerajaan.
“Perdana menteri tidak pernah mengeluarkan sebarang surat seperti itu. Ini merupakan usaha pihak tertentu yang cuba memperlekehkan kedudukan perdana menteri bagi kepentingan politik mereka,” katanya menerusi kenyataan.
Iskandar berkata pejabat perdana menteri akan membuat laporan polis berhubung penyebaran palsu tersebut.