KPN: Syarikat Malaysia-Korea Utara tak jual senjata api

KPN: Syarikat Malaysia-Korea Utara tak jual senjata api

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata syarikat International Golden Services Sdn Bhd hanya menjual produk komunikasi ketenteraan dikenali sebagai Glocom.

khalid
KULAI:
Syarikat International Golden Services Sdn Bhd tidak pernah berurus niaga senjata api di negara ini seperti yang didakwa sesetengah pihak, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.

Sebaliknya, beliau berkata syarikat itu yang merupakan usaha sama Korea Utara dan Malaysia hanya menjual produk komunikasi ketenteraan dikenali Glocom.

“Syarikat ini tidak pernah berurus niaga senjata api di dalam negara, jadi tuduhan itu tidak benar.

“Tidak ada satu senjata pun mereka jual,” katanya.

Khalid berkata meskipun syarikat itu terlibat dalam pameran dan persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia di Malaysia sebanyak 3 kali pada 2012, 2014 dan 2016, tetapi mereka tidak pernah menerima tempahan untuk Glocom.

“Walaupun mereka cuba memasarkan peralatan telekomunikasi ketenteraan itu, tapi produk itu tidak berjaya dijual,” katanya.

Syarikat itu yang didaftarkan pada pertengahan 2012 ditutup pada 15 Mac lalu selepas permohonan tutup dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Mengulas perkara itu, Khalid berkata pemegang saham warga Malaysia pernah memohon untuk menutup syarikat itu pada 2015 namun permohonan tersebut tidak ditandatangani pemegang saham dari Korea Utara.

Amanah gesa KPN perjelas isu jual senjata haram Korea Utara

Amanah gesa PM perjelas isu Malaysia jual senjata Korea Utara

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.