
“Taman Ilmu tiada kaitan dengan bajet kami. Jadi, apa yang diperkatakan itu salah sama sekali.
“Menteri besar akan serahkan kepada kementerian, tetapi kami belum terima sebarang makluman rasmi daripada kerajaan negeri,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Menteri pendidikan tinggi itu mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli semalam yang mempersoalkan perkembangan projek berusia 13 tahun di Terengganu itu.
Projek yang diilhamkan pada era pentadbiran Idris menjadi menteri besar Terengganu itu, sepatutnya siap pada Mac 2009, selepas upacara pecah tanah pada 2004.
Rafizi memberi amaran kepada Idris supaya tidak menggunakan peruntukan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk projek itu.
Pada 2 Februari lalu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, projek bernilai RM300 juta itu dalam fasa terakhir dan dijangka memulakan operasi pada Oktober ini.
Taman Ilmu ialah sebuah daripada projek pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) untuk menempatkan 6 institusi pengajian tinggi di kawasan seluas 280 hektar di Tembila, Besut.
13 tahun berlalu, mana Taman Ilmu di Terengganu, soal Rafizi