
Beliau juga dibidas kerana dikatakan mengganggu 1 majlis perkahwinan berhampiran lokasi himpunan dan sidang media.
“Kenapa semua orang tuduh saya ganggu majlis perkahwinan, saya bukan gila, saya tahu apa saya buat,” kata Teresa di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, dia membantah projek itu kerana ia bertingkat tinggi dan boleh menyebabkan kesesakan.
Tereasa berkata beberapa media sosial juga menuduh beliau mengganggu majlis perkahwinan yang berlangsung di dalam bangunan Umno Seputeh.
“Kami bantah projek itu kerana kawasan pembinaan pangsapuri sepatutnya menjadi pusat komuniti,” katanya Teresa menyalahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kelulusan kepada pemaju.
Beliau berkata kawasan yang menjadi lokasi himpunan dan sidang media sepatutnya kawasan awam tetapi digunakan sebagai bangunan Umno Seputeh.
Katanya, dewan bandaraya sepatutnya menganjurkan pendengaran pada 27 Mac ini tetapi 1 iklan projek sudah dinaikkan dengan sesetengah penghuni sudah membayar yuran tempahan.
Beliau juga mendakwa Tengku Adnan dan DBKL meluluskan pembinaan bangunan bertingkat tinggi di atas tanah yang sepatutnya menjadi kawasan komuniti.
Beliau berkata pembangunan itu tidak tersenarai dalam draf pembangunan Kuala Lumpur dan mereka yang bertanggungjawab patut mengikut draf tersebut.
“Dia meluluskan apa saja projek yang datang kepadanya dan akibatnya, masalah kesesakan lalu lintas akan jadi lebih serius.
Beliau menambah Tengku Adnan hanya menjadikan ibu negara “tempat yang teruk”.
Kok juga menafikan dakwaan beliau menentang projek itu kerana bimbang kawasan Seputeh akan mempunyai lebih ramai orang Melayu seperti yang didakwa oleh Tengku Adnan.
“Bagaimana saya tahu siapa yang akan ke situ? Saya tidak bimbang jika lebih ramai orang Melayu pindah ke situ, ia adalah lebih baik.