Jabatan Kesihatan sahkan tiada kes influenza di Terengganu

Jabatan Kesihatan sahkan tiada kes influenza di Terengganu

Dr Mohamad Omar berkata, Jabatan Kesihatan negeri sentiasa memantau keadaan terkini terutama di sekolah berasrama.

penyakit
KUALA TERENGGANU:
Rakyat di negeri ini dinasihatkan terus berjumpa doktor jika mengalami sindrom penyakit seperti influenza (ILI) bagi mengelak dijangkiti virus itu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohamad Omar berkata, walaupun sehingga kini tiada laporan virus itu menjangkiti rakyat negeri ini, tetapi ia tidak boleh diambil ringan penduduk kerana ia mudah merebak dan dijangkiti.

Katanya, buat masa ini, Jabatan Kesihatan negeri sentiasa memantau keadaan terkini terutama di sekolah berasrama.

“Setakat ini, tiada laporan kes itu menular di negeri ini. Cuma sejak virus itu melanda beberapa sekolah di negeri Perak, kita lebih berwaspada.

“Kita lakukan pemantauan menerusi mekanisme yang ditetapkan di semua klinik dan hospital sekiranya berlaku peningkatan sindrom itu secara mendadak,” katanya kepada Bernama hari ini.

Virus ILI dikesan menyerang beberapa sekolah berasrama di Perak sejak beberapa hari lalu dan terkini 465 pelajar dijangkiti virus itu.

Seramai 27 pelajar terbabit dari Sekolah Izzuddin Shah di Ipoh, Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah (226), Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh, (115); Sekolah Kebangsaan Klebang Jaya, Ipoh (3), Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Teluk Intan (83) dan Kolej Vokasional Slim River (13).

ILI ialah jangkitan dengan gejala utama seperti demam selsema atau flu, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.

438 pelajar di Perak dijangkiti ILI, jumlah terus meningkat

Penyakit ILI: 47 pelajar SMART Teluk Intan diasingkan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.