
Nicol yang kali terakhir muncul juara di Terbuka Hong Kong pada Disember 2015, menunjukkan penguasaan gelanggang yang baik untuk menewaskan Olivia Blatchford dari Amerika Syarikat 11-3, 11-4, 11-8 dalam pertarungan selama 70 minit.
Walaupun perlawanan dihentikan selama 40 minit pada kedudukan 6-6 di set ketiga akibat hujan, ia tidak mampu menyekat Nicol untuk menambah gelarannya dalam jelajah dunia kepada 81.
Juara dunia 8 kali itu jelas gembira mengakhiri penantian gelaran selama lebih setahun.
“Memang perasaannya cukup hebat untuk kembali muncul juara selepas sekian lama. Ia begitu istimewa untuk saya menjadi juara pertama di Floridablanca dan ini pasti mendapat tempat di hati saya.
“Terima kasih kepada penduduk Floridablanca, ia minggu yang istimewa kepada semua pemain,” kata Nicol, 33, seperti dipetik dalam laman web PSA www.psaworldtour.com.