ATM bakal perkenal skim pencen bantu veteran

ATM bakal perkenal skim pencen bantu veteran

Skim baharu berkenaan merupakan antara usaha kementerian berkenaan menyelesaikan masalah yang dihadapi veteran ATM yang tidak berpencen.

Hishammuddin-Hussein_atm_600
MUAR:
Kementerian Pertahanan akan mengumumkan skim perkhidmatan pencen baharu untuk pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, skim baharu berkenaan merupakan antara usaha kementerian berkenaan menyelesaikan masalah yang dihadapi veteran ATM yang tidak berpencen.

“Tapi kita perlu dapatkan keputusan dan kelulusan kepimpinan tertinggi khasnya daripada Perdana Menteri terlebih dahulu.

“Kita sudahpun panjangkan perkara ini kepada Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini dan keceriaan di wajah beliau membayangkan seperti bersetuju dengan cadangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jasamu Dikenang selepas menyampaikan pingat Jasa Malaysia kepada pesara tentera di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 114 veteran tentera yang berkhidmat ketika penentangan terhadap komunis yang berakhir pada 1989 diberi penganugerahan sebagai tanda ingatan bagi mengenang pengorbanan dan khidmat bakti cemerlang mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.