
Beliau ditanya pemberita sama ada pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 akan dibentangkan pada sidang ini.
Beliau berharap 2 RUU dibentangkan kerana ia memberi kesan kepada ramai orang.
“Saya harap RUU Jenayah Seksual Kanak-Kanak dan pindaan Akta Kebankrapan akan dibacakan di Dewan Rakyat. Ia memberi kesan kepada ramai orang,” katanya.
RUU Kebankrapan bertujuan memberi talian hayat kepada golongan yang diisytiharkan muflis.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul pada hari terakhir sidang Parlimen Mei lepas selepas kerajaan membenarkan ia didahulukan sebelum RUU kerajaan.
Presiden PAS bagaimanapun menangguhkan perbahasan RUU dan kemudian membentangkan versi disemak semula pada November tahun lepas selepas ia sekali lagi dinaikkan dalam aturan urusan mesyuarat
Usul Hadi perkara ke-7 dalam aturan urusan mesyuarat.