Jong Nam mati dibunuh ialah fakta, kata Khalid

Jong Nam mati dibunuh ialah fakta, kata Khalid

Ketua polis negara berkata, Malaysia mempunyai ramai pakar berkelayakan untuk mengenal pasti punca kematian Jong Nam dan siasatan polis turut mendapat sokongan berdasarkan laporan pelbagai pakar.

khalid-abu-bakar_kim-jong-nam_60012
PETALING JAYA:
Korea Utara bebas membuat sebarang kenyataan dengan mendakwa Kim Jong Nam mati akibat serangan jantung, tetapi fakta tidak akan berubah, kata ketua polis negara.

Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dipetik Oriental Daily berkata, kematian Jong Nam akibat dibunuh adalah fakta dan kebenaran itu tidak akan berubah hanya kerana Pyongyang menafikan hakikat berkenaan.

“Malaysia mempunyai ramai pakar berkelayakan untuk mengenal pasti punca kematian Jong Nam dan siasatan polis turut mendapat sokongan berdasarkan laporan pelbagai pakar yang membuktikan Jong Nam dibunuh,” kata Khalid.

Hari ini, jurucakap Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Ri Tong Il dilaporkan mendakwa Jong Nam mati akibat serangan jantung, bukannya kerana agen saraf VX.

Ri berkata, maklumat yang mereka perolehi menunjukkan Jong Nam menghidap penyakit jantung dan sering mendapatkan rawatan atau pemeriksaan di hospital, selain Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan penemuan ubat diabetes, sakit jantung dan tekanan darah tinggi selepas menjalani bedah siasat ke atas mayat Jong Nam.

Beliau turut mempersoalkan kenapa 2 tertuduh wanita asing yang dilaporkan menyapu agen saraf VX ke muka Jong Nam masih hidup dan mendesak Malaysia menghantar bahan kimia itu kepada Pertubuhan Larangan Senjata Kimia untuk diuji.

Senjata pemusnah diharamkan PBB dikesan atas mayat Jong Nam

Korea Utara dakwa Jong Nam mati akibat serangan jantung

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.