Kanak-kanak dijadikan buruh paksa di Perak, kata polis

Kanak-kanak dijadikan buruh paksa di Perak, kata polis

Hasnan Hassan berkata, pengesahan itu dibuat berdasarkan maklumat diterima serta siasatan terperinci.

Hasnan-Hassan-human-trafficking
SUNGAI SIPUT: Polis Perak mengesahkan terdapat kanak-kanak yang digunakan sebagai buruh paksa oleh sindiket pemerdagangan manusia seperti yang dikesan di Gerik, Ahad lepas.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, ia berdasarkan maklumat diterima serta siasatan terperinci.

“Namun, kita tidak boleh mendedahkan dengan lebih terperinci mengenai siasatan kes ini demi menjaga keselamatan pemberi maklumat,” katanya pada majlis serah terima tugas ketua polis Daerah Sungai Siput hari ini.

Pada 26 Februari lalu, polis menyelamatkan 18 warga tempatan, termasuk 5 kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di daerah Kecil Kroh, Belukar Semang, Kampung Tasek di Pengkalan Hulu.

Mereka terdiri daripada 11 individu dewasa melibatkan 6 wanita berusia 27 hingga 64 tahun, 2 remaja lelaki berumur 13 dan 17 tahun serta 5 kanak-kanak berusia 2 hingga 7 tahun.

Sepasang suami isteri berusia 43 dan 24 tahun yang dipercayai menjadi dalang utama sindiket tersebut sudah direman.

Semua mangsa dilaporkan mendapat perlindungan sementara mulai semalam hingga 19 Mac dan kini ditempatkan di di Negeri Sembilan, Selangor, Johor dan Melaka.

Pada majlis terima serah tugas itu, Ketua Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, Supt Abd Fatah Abd Rahman menerima tugas sebagai ketua polis daerah Sungai Siput yang baharu menggantikan Supt Abdul Aziz Ahmad yang bersara wajib.

Suami isteri terbabit pemerdagangan manusia direman 6 hari

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.