Ketua pembuli digantung sekolah 6 bulan berkuat kuasa serta merta

Ketua pembuli digantung sekolah 6 bulan berkuat kuasa serta merta

Menteri menandatangani arahan itu semalam bagi membolehkan jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan sekolah menangani kes buli

mahdzir-khalid_buli_600
SUNGAI PETANI:
Berkuat kuasa serta merta, pelajar yang didapati bersalah menjadi ketua pembuli akan dikenakan hukuman gantung sekolah selama 6 bulan, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Katanya beliau menandatangani arahan itu semalam bagi membolehkan jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan sekolah menangani kes buli.

“Selepas melalui proses penyiasatan jawatankuasa displin dan didapati bersalah, ketua pembuli akan digantung sekolah 6 bulan manakala ahlinya digantung sekolah dua bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan “Dialog Bersama Menteri Pendidikan” di Universiti AIMST di sini, yang dihadiri kira-kira 1,700 guru dari seluruh Kedah.

Mahdzir mengulas kes seorang pelajar Tingkatan 1 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur yang cedera di kepala akibat dibuli dua pelajar senior.

Beliau berkata sepanjang tempoh hukuman itu, pembuli akan mengikuti proses pemulihan termasuk dihantar ke sekolah pemulihan akhlak Henry Gurney dalam tempoh beberapa minggu.

“Ini bergantung kepada keputusan jawatankuasa displin,” katanya sambil berharap jawatankuasa itu membuat siasatan teliti sebelum memutuskan hukuman.

Menurutnya bidang kuasa jawatankuasa itu hanya melibatkan kes buli di sekolah dan jika ia berkaitan jenayah, perkara itu akan terus dibawa kepada pihak polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.