
“Kenyataan yang dibuat duta besar Korea Utara memang biadap. Mungkin terpaksa (berbuat demikian) kerana takut tindak balas kepimpinan Korea Utara. Sebab itu, ayat-ayat mereka gunakan cukup tidak diplomatik.
“…saluran diplomasi mesti diteruskan (dalam menyelesaikan isu ini),” katanya selepas Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Siri 181-2/16 hari ini.
Hishammuddin juga yakin dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan kes itu.
“Saya sebagai naib presiden Umno bersama kepimpinan Barisan Nasional, kita tahu jenayah ini berlaku di bumi kita, kita ada proses perundangan kita dan saya yakin PDRM mampu buat siasatan,” katanya.
Sebelum ini, Kang Chol mendakwa kononnya Malaysia cuba menyembunyikan sesuatu dan bersekongkol dengan “kuasa seterunya” dalam penyiasatan kes berkenaan dan kerajaan Malaysia menolak dakwaan tidak berasas duta itu.
Pada 13 Februari lalu, Jong Nam yang sedang menanti penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dihampiri 2 wanita yang didakwa menyapu mukanya dengan tangan mereka dipercayai disembur bahan beracun.
Jong Nam yang memasuki negara ini menggunakan passport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya pada hari sama.
Di Kota Bharu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rakyat Malaysia perlu menyokong penuh sebarang tindakan kerajaan terhadap hubungan diplomatik dengan Korea Utara.
Beliau berkata, ini berikutan tindakan Kang yang terus mengkritik kerajaan Malaysia dan siasatan pembunuhan Jong Nam.
“Kita rasa terhina apabila mendengar komen duta yang mempertikaikan kewibawaan negara kita, institusi kita seperti polis, doktor dan negara kita. Ini mencampuri urusan negara kita,” katanya selepas merasmikan Konvensyen BN Kelantan hari ini.
Mustapa berkata, sebagai duta asing, Kang tidak wajar melemparkan pelbagai tuduhan kepada Malaysia dan perbuatan itu menghina rakyat negara ini.
“Kita ada institusi yang cukup berwibawa, mereka ini adalah golongan profesional,” katanya sambil memberitahu hubungan perdagangan di antara Malaysia dan Korea Utara dijalankan seperti biasa.
Zahid arah Kementerian Luar nilai hubungan dengan Korea Utara