‘Pendatang haram’ rakyat Malaysia ditahan di Indonesia

‘Pendatang haram’ rakyat Malaysia ditahan di Indonesia

Avtar Singh didakwa tinggal di Jawa tanpa visa selepas berkahwin dengan wanita tempatan.

m-diah
M Diah (kanan), ketua bahagian imigresen di Agensi Hukum dan Hak Asasi Manusia Jawa Tengah.
PETALING JAYA:
Pihak berkuasa Indonesia semalam menahan seorang warganegara Malaysia kerana tinggal di negara itu secara haram.

The Jakarta Post melaporkan Avtar Singh Teja Singh ditahan di Pusat Tahanan Imigrasi Surakarta di Jawa Tengah.

Avtar yang berkahwin dengan wanita tempatan, Tri Hastutiningsih, kini sedang disoal siasat.

“Avtar tiba di lapangan terbang Adisumarmo [Surakarta] pada 25 September 2010. Dia mempunyai visa lawatan untuk 60 hari sahaja,” kata M Diah, ketua bahagian imigresen di Agensi Hukum dan Hak Asasi Manusia Jawa Tengah.

Pasport Avtar dikeluarkan di Perak bertarikh 2 Jun, 2010 dan tamat pada 2 Jun, 2015.

Avtar dikesan selepas isterinya mengunjungi pejabat imigresen di Surakarta bagi memperbaharui visanya.

Menurut Jakarta Post, Avtar dan Tri mempunyai 2 anak, dan perkahwinan mereka didaftarkan di Pejabar Hal Ehwal Agama.

Tahun ini, pihak berkuasa Jawa Tengah menahan seramai 53 warga asing kerana pelbagai kesalahan imigresen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.