
“Saya amat sedih dengan kejadian tersebut, saya harap ibu bapa dapat beri perhatian sepenuhnya kepada anak-anak mereka. Kalau mereka keluar, apa mereka buat dan pukul berapa seharusnya balik.
“Ibu bapa harus tegas bak kata Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar biar dia menangis, jangan kita menangis. Saya setuju dengan apa yang dikatakan Sultan Johor, kita tidak boleh biarkan anak kita merayau-rayau tengah malam sampai 3 pagi,” katanya selepas merasmikan seminar “Jenayah Seksual Kanak-kanak: Hentikan” yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana, hari ini.
Isteri perdana menteri itu berkata, ibu bapa tidak seharusnya lalai dalam memantau pergerakan anak, walaupun mereka sudah berumur 16 tahun.
“Ibu bapa tidak mencari anak-anak mereka walaupun umur sudah mencecah 16 tahun, umur masih muda, tapi mereka tidak kisah anak itu balik atau tidak. Saya rasa dukacita dengan kelalaian ibu bapa dan perkara seperti ini terjadi.”
Lapan remaja berbasikal maut dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, manakala 8 lagi cedera dalam nahas jam 3 pagi Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh dilaporkan berkata, sekumpulan 20 hingga 30 remaja berbasikal dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam dan sekitarnya sebelum dirempuh kereta dipandu seorang wanita berusia 22 tahun dari arah Taman Pelangi yang dipercayai tidak sempat mengelak kumpulan remaja itu.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/02/18/sultan-johor-pesan-ibu-bapa-awasi-aktiviti-malam-anak/Sent