Umno kesal Pulau Pinang beri ‘laluan pantas’ kepada pemaju tertentu

Umno kesal Pulau Pinang beri ‘laluan pantas’ kepada pemaju tertentu

Zainal Abidin berharap pihak berkuasa Pulau Pinang mengurangkan birokrasi dan mengurangkan peraturan ketat bagi mereka yang mahu membina rumah mampu milik.

Zainal Abidin Osman
GEORGE TOWN:
Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang (FAC) mempersoalkan bagaimana pemaju tertentu mendapat “laluan pantas” bagi kelulusan projek mereka tetapi sebaliknya bagi projek perumahan mampu milik kerajaan persekutuan.

Pengerusi FAC Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, terdapat 2 lorong dibuka bagi kelulusan cepat kepada pemaju swasta dan projek perumahan persekutuan nampaknya dimasukkan ke dalam “lorong perlahan”.

“Ini lebih buruk daripada diketepikan. Kami diseksa. Kami menunggu dengan sabar bagi tempoh yang lama.
“Mesyuarat kami dengan kerajaan Pulau Pinang ditangguhkan selama 28 kali. Ia seterusk itu.

“Saya berharap pihak berkuasa Pulau Pinang boleh mengurangkan birokrasi dan mengurangkan peraturan ketat bagi mereka yang mahu membina rumah mampu milik,” katanya.

Zainal, yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Pulau Pinang, berkata sekurang-kurangnya 10,000 projek perumahan persekutuan dipersetujui, hanya 4,000 diluluskan dan ia juga hanya selepas masa yang sangat lama.

Beliau berkata, 4,000 rumah yang diluluskan adalah sebahagian daripada permintaan untuk kelulusan perancangan membina 10,000 rumah yang dikemukakan kira-kira “3 hingga 4 tahun lalu”.

“Kami mempunyai sekurang-kurangnya 6,000 lagi rumah yang sedang menunggu kelulusan perancangan daripada pihak berkuasa tempatan,” kata Zainal.

Sementara itu, Zainal juga mengumumkan 5,000 Rumah Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang mendapat kelulusan kerajaan Pulau Pinang.

Katanya projek Tasek Gelugor, Butterworth mempunyai bilangan terbesar iaitu 2,387 unit, diikuit Batu Ferringhi (1,450 unit) dan Bukit Gelugor (905).

Zainal berkata, setakat ini, kerajaan persekutuan membina 5,950 unit rumah mampu milik di Pulau Pinang sejak 2008 hingga 2016.

Beliau berkata, dalam perancangan lain adalah 39 projek baru bagi membina 46,602 unit rumah.

Zainal berkata bagi projek Perumahan Awam 1Malaysia, 5 sedang dirancang di Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Bayan Lepas. Sebanyak 13,455 unit dijangka dibina yang kini masih menunggu pelaksanaannya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo cuba dihubungi untuk mendapatkan komen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.