
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Bernama pagi ini, namun ketika ditanya mengenai butiran lanjut berhubung penahanan itu seperti kewarganegaraan, beliau berkata, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan hari ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya akan melakukan beberapa siri tangkapan susulan penahanan suspek pertama, semalam.
“Saya boleh katakan polis mempunyai maklumat yang mengaitkan suspek pertama yang kita tahan semalam dengan kematian lelaki terbabit.
“Polis sedang giat mengesan beberapa lagi individu yang boleh dikaitkan dengan kes ini,” katanya kepada Bernama.
Semalam, polis menahan seorang wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, ketika keseorangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 8.20 pagi.
Isnin lepas, Kim Chol yang dilaporkan media asing sebagai Kim Jong-nam, merupakan abang sebapa kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.
Beliau dilaporkan berada di klia2 pada 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau sejam kemudian.
Beliau dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dari klia2 selepas mengadu kurang sihat.
Kematian Kim Jong-nam: Polis tahan suspek wanita Vietnam di klia2