Kematian Kim Jong-nam: Menteri jamin klia2 selamat

Kematian Kim Jong-nam: Menteri jamin klia2 selamat

Menteri pengangkutan mengarahkan MAHB bekerjasama dengan polis, termasuk memberi rakaman CCTV.

Liow-Tiong-Lai_kim-jong-nam_klia_600
PUTRAJAYA:
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan Malaysia Aiports Holdings Bhd (MAHB) memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung siasatan kematian seorang warga Korea Utara ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) ke hospital, Isnin lalu.

Beliau pada masa sama memberi jaminan lapangan terbang itu selamat dan mempunyai kawalan keselamatan terbaik.

“Amat penting untuk kita mempunyai sistem keselamatan yang baik (di lapangan terbang) dan lapangan terbang kita adalah selamat,” katanya ketika ditemui di kementeriannya hari ini.

Meskipun tidak mempunyai maklumat terperinci berhubung insiden itu, Liow berkata, beliau mengarahkan MAHB supaya bekerjasama dengan polis, termasuk memberi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Polis masih menyiasat identiti sebenar lelaki warga Korea Utara, Kim Chol, yang dilaporkan adalah Kim Jong-nam, iaitu abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Kim dilaporkan berada di klia2 untuk menaiki penerbangan ke Macau pada Isnin lalu dan kemudian meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital, selepas meminta bantuan di kaunter lapangan terbang berkenaan.

Abang sebapa pemimpin Korea Utara dibunuh di Malaysia

Pembunuh upahan wanita di sebalik kematian Kim Jong-Nam di klia2?

Kematian Kim Jong-nam: Pemandu teksi klia2 ditahan

Polis siasat jika lelaki Korea Utara ialah Kim Jong-nam

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.