Uber, Grab ‘perang’ tambang sehingga RM0.00

Uber, Grab ‘perang’ tambang sehingga RM0.00

Walaupun Uber menawarkan tambang hanya 99 sen sepanjang hari, Grab pula sifar bagi perjalanan dekat, menjadikan penumpang pemenang sebenar.

uber-grab-1
PETALING JAYA:
Perang tambang murah 2 aplikasi perkhidmatan perkongsian kenderaan yang sedang berlangsung menguntungkan pelanggang kerana hampir tidak perlu membayar sesenpun bagi perjalanan di sekitar Kuala Lumpur dan beberapa pusat bandar lain.

Pada 13 Feb, Uber mengumumkan mereka akan mengenakan kadar sama rata yang rendah iaitu sebanyak 99 sen, sepanjang hari, setiap hari selama 2 minggu berakhir 26 Feb kepada pengguna UberX bagi perjalanan di bawah 4km di sekitar kawasan Lembah Klang.

Promosi mereka berbunyi: “KL, anda mungkin mempunyai 99 masalah tapi perjalanan bukan salah satunya” (KL, you might have 99 problems but a ride ain’t one!).

Menandingi kempen itu, Grab pula mengumumkan “Tambang Sifar, Sifar Masalah!” (Zero Fares, Zero Problems!).

Ia memberi penumpang GrabCar atau GrabTaxi peluang keemasan menikmati perjalanan pendek secara percuma, dengan syarat kos perjalanan RM7 atau kurang.

Tawaran Grab ini dibuka kepada penumpang di Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka dan Kota Kinabalu dan berlangsung dari 14 Februari hingga 28 Februari.

Walaupun Uber berkata tawaran mereka terpakai termasuk pada waktu puncak di KL yang mengenakan tambang lebih tinggi daripada biasa semasa keadaan trafik teruk, Grab mengadakan pertandingan yang menawarkan 2 pas filem GSC kepada 10 jika mereka terpilih selepas menghantar promo Grab di media sosial dan menandakan 7 rakan.

Di saat kedua-dua syarikat perkhidmatan ini “berperang” mendapatkan jumlah pelanggang lebih ramai, pengguna boleh meraikan Hari Valentine malam ini dengan lebih jimat sambil menikmati temu janji di bandar bersama insan tersayang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.