
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Seremban, Nor Anida Norhamdan di Mahkamah Khas di sini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan.
Ketiga-tiga mereka tiba di perkarangan mahkamah pada jam 10 pagi dengan berpakaian lokap menaiki kenderaan SPRM.
Semalam, SPRM menahan bekas YDP itu yang bergelar “Datuk” kerana disyaki terlibat rasuah dan salah guna kuasa.
Turut ditahan dalam operasi yang dilancarkan SPRM itu ialah 3 kontraktor yang disyaki dianugerahkan beberapa projek melibatkan pejabat daerah dan majlis perbandaran terbabit.
Suspek berusia 63 tahun itu ditahan di kediamannya di Seremban pada jam 11.30 pagi semalam.
SPRM tahan bekas yang dipertua majlis perbandaran, 3 kontraktor
SPRM tahan bekas yang dipertua majlis perbandaran, 3 kontraktor