Grab: Pemandu juga diberi ganjaran RM1.50 untuk setiap tempahan

Grab: Pemandu juga diberi ganjaran RM1.50 untuk setiap tempahan

Setiap hari pemandu yang menolak atau membatalkan tempatan diberi peluang 3 kali sebelum penalti dikenakan.

grab
PETALING JAYA:
Syarikat perkongsian kenderaan Grab menjelaskan pemandu diberi ganjaran RM1.50 untuk semua tempahan yang dipenuhi, selain penalti RM1.00 bagi setiap pelanggan yang ditolak atau dibatalkan.

Malah, setiap hari pemandu yang menolak atau membatalkan tempatan diberi peluang 3 kali sebelum penalti dikenakan.

Sebaliknya, ganjaran diberikan bagi setiap permintaan permintaan yang berjaya dipenuhi.

“Grab memperkenalkan GrabCar sebagai pilihan alternatif untuk memenuhi keperluan pengangkutan yang tinggi di kawasan trafik tinggi pada waktu puncak dan bagi mereka yang mahu berjimat cermat.

“Tujuan skim ini bagi memastikan pemandu lebih teliti dengan tempatan yang diterima dan memberi perkhidmatan sebaik mungkin kepada penumpang,” kata Ketua Grab Malaysia, Sean Goh dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan sekumpulan pemandu Grab yang mendakwa pendapatan mereka terjejas akibat skim penalti itu.

Seorang pemandu, Mohd Kamarul Faisal Kamarulzaman, 41, mendakwa skim itu menyebabkan pendapatan segelintir pemandu dipotong RM1,100 sehingga RM1,600 sebulan, menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk menyara keluarga.

Lebih 100 pemandu Grab, bersama Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mengadakan sidang media hari ini membantah skim tersebut.

Sean berkata Grab sedia berbincang dengan para pemandu bagi menjelaskan sebarang kekeliruan mengenai skim penalti/ganjaran itu.

“Dasar ini memberi peluang kepada pemandu sepenuh masa menerima lebih banyak pelanggan dalam sehari.

“Kami berharap dapat terus bekerjasama dengan semua pemandu Grab…dan memperbaiki apa yang kurang demi pemandu dan pelanggan,” katanya.

Kenapa potong wang kami lebih daripada sepatutnya, soal pemandu Grab

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.