Bot kursus meletup, 9 komando 69 cedera

Bot kursus meletup, 9 komando 69 cedera

Dua daripadanya dalam keadaan kritikal, 6 separa kritikal dan seorang tidak kritikal.

bot-meletop
LUMUT: Sembilan anggota komando 69 cedera dalam insiden letupan membabitkan sebuah bot di Jeti Pangkalan Polis Marin di Kampung Acheh, Sitiawan, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira 9.30 pagi itu melibatkan sebuah bot Kerambit 3 yang digunakan untuk kursus pengendalian bot membabitkan 6 peserta, 2 jurulatih dan seorang mekanik.

Menurut sumber satu daripada enjin bot berkenaan tidak dapat dihidupkan dan kerja penyelenggaraan dijalankan sebelum enjin dapat dihidupkan, namun menyebabkan letupan.

Sumber memaklumkan semua mangsa dibawa ke Hospital Seri Manjung dengan 2 daripadanya berada dalam zon merah (kritikal), 6 zon kuning (separa kritikal) dan seorang zon hijau iaitu tidak kritikal.

]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.