
Khidmat Negara untuk Hubungan dengan Islam bagi gereja Perancis berkata, Geffre adalah pengasas bersama sebuah organisasi dikenali sebagai Kumpulan Penyelidikan Islam-Kristian (Gric), pada 1977 yang menghimpunkan pemikir Kristian dan Islam di sekitar Mediterranean.
Ia bertujuan menggalakkan kemajmukan agama dan mengakhiri “dialog pekak” antara Islam dan Kristian.
Titik perubahan dalam kehidupan Geffre ialah Majlis Vatican Kedua – mesyuarat agung Gereja Katolik dari 1962 hingga 1965 yang mendorong penganjuran dialog dengan agama lain.
Selepas itu, Geffre diberi tanggungjawab terhadap teologi asas di Institut Katolik Paris, tetapi beliau memutuskan untuk tidak menumpukan perhatian bagi mempertahankan dogma, sebaliknya memfokuskan hermeneutik – bidang mengkaji dan mentafsir teks agama berbeza.
Beliau kemudiannya dikecam tradisionalis tegas dalam hierarki Katolik yang menentang relativisme agama.
Pada 2007, Jemaah Pendidikan Katolik – badan Vatican yang menyelia universiti Katolik – enggan meluluskan doktor kehormat yang akan dianugerahkan Fakulti Teologi di Kinshasa, ibu negara Republik Demokratik Congo, kepada Geffre bagi mengiktiraf usaha beliau.