Pramugari SIA kelahiran Pulau Pinang mati di Amerika

Pramugari SIA kelahiran Pulau Pinang mati di Amerika

Mayat pramugari itu ditemui beberapa jam sebelum dia dijadualkan menaiki penerbangan pulang dari San Francisco ke Singapura.

singapore-airlines-stewardess-dead
SINGAPURA:
Seorang pramugari Singapore Airlines (SIA) yang berasal dari Pulau Pinang, ditemui mati di dalam bilik hotel di San Francisco, lapor The Straits Times hari ini.

Menurut laporan itu mayat wanita tersebut ditemui beberapa jam sebelum dia dijadualkan menaiki penerbangan balik.

“Memandangkan kes ini masih dalam siasatan, kami tidak boleh memberi maklumat lanjut,” kata SIA dipetik laporan itu.

“Kru itu ditugaskan ke San Francisco menerusi Penerbangan SQ2 pada 28 Januari dan dijadualkan berlepas dari sana menerusi SQ1 pada 1 Februari,” kata SIA.

Abang mangsa dilaporkan tiba di San Francisco pada 11 malam waktu Singapura pada Khamis.

“Keutamaan kami ialah menyediakan bantuan yang perlu kepada ahli keluarga kru berkenaan,” kata SIA.

Menurut laporan itu, penerbangan SQ1 dijadualkan meninggalkan San Francisco untuk perjalanan balik ke Singapura pada awal pagi Rabu, bermakna anak kapal perlu mendaftar keluar dari hotel antara jam 10 dan 11 malam pada Selasa.

Memetik sumber, laporan itu menyebut Vanessa Yeap, 38, yang bertugas dengan syarikat penerbangan tersebut selama 16 tahun tidak muncul di lobi hotel menyebabkan rakan setugas pergi ke biliknya.

Selepas beberapa cubaan menghubungi mangsa gagal, mereka bertindak memecahkan pintu bilik dan mendapati wanita itu meninggal dunia.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.