Amanah tunggu laporan pertemuan PPBM-PAS

Amanah tunggu laporan pertemuan PPBM-PAS

Perjanjian persefahaman ditandatangani parti dalam PH menetapkan sebarang perundingan bilateral dengan pihak lain dilapor kembali, kata setiausaha agung Amanah.

annuar-tahir-pas-berstu-amanah
PETALING JAYA:
Amanah berharap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) melaporkan segera kepada Pakatan Harapan (PH) keputusan yang dicapai melalui pertemuan dengan PAS semalam.

Menurut setiausaha agungnya Mohd Anuar Tahir, parti itu mengambil maklum laporan media pertemuan antara PPBM dan PAS itu.

“Amanah secara konsisten menjunjung semangat muafakat yang disepakati bersama dalam perjanjian persefahaman ditandatangani antara PH dan PPBM sebelum ini yang sebarang perundingan bilateral dengan pihak lain perlu dilapor kembali.

“Sehubungan itu, Amanah mengharapkan PPBM segera melaporkan kepada ketiga-tiga parti dalam PH berhubung keputusan yang dicapai melalui pertemuan dengan PAS itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengadakan mesyuarat bagi “menentukan” kerjasama antara kedua-dua parti.

Bagaimanapun, mesyuarat itu tidak dapat memutuskan bentuk kerjasama antara mereka dan membawa pulang “rangka kerjasama persefahaman” untuk dipertimbangkan pemimpin tertinggi kedua-dua parti.

Mesyuarat ‘penentu’ PAS-PPBM tiada kata putus

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.