Cabut gigi klinik kerajaan RM15 mulai Mac?

Cabut gigi klinik kerajaan RM15 mulai Mac?

Mulai Mac, pesakit akan dikenakan RM15 untuk mencabut gigi berbanding RM1 sekarang ini

Subramaniam_dental_600
PETALING JAYA: Klinik pergigian kerajaan dikatakan akan mengenakan bayaran yang lebih tinggi mulai bulan depan.

Menurut pekeliling dalaman yang dilihat FMT, kos mencabut gigi bukan lagi RM1 tetapi RM15.

Menampal gigi pula dikenakan RM25 berbanding RM2 sekarang ini.

Cuci gigi pula, sekarang ini RM2, dikenakan RM55.

Pekeliling bertarikh 26 Januari itu menyatakan semakan kadar bayaran itu akan berkuatkuasa pada Mac.

Menteri Kesihatan Dr S Subramaniam dalam kenyataan hari ini berkata rakyat akan terus menikmati penjagaan kesihatan bersubsidi.

Beliau menjelaskan hanya bayaran bagi pesakit wad kelas pertama dan kedua disemak. Ini kerana semakan sudah lama tidak dilakukan.

Pesakit kelas ketiga akan terus menerima perkhidmatan rawatan perubatan percuma.

Subramaniam berkata golongan berpendapatan rendah akan terus menerima penjagaan kesihatan yang baik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.