
Terdahulu, seorang saksi memberitahu sekurang-sekurangnya 3 lelaki menembak ke arah 40 jemaah di dalam masjid yang terletak di Pusat Kebudayaan Islam Quebec City itu.
Pada masa ini polis menempatkan kawalan keselamatan di sekitar masjid dan enggan mengulas kejadian itu kepada media.
“Kenapa ia berlaku di sini? Ini kejam,” katanya.
Pada Jun 2016, kepala babi ditinggalkan di pintu masuk pusat kebudayaan itu.
Mohamed yang tidak berada di dalam masjid itu ketika kejadian berkata beliau menerima panggilan daripada jemaah yang bersolat pada ketika itu.
Beliau tidak tahu berapa ramai yang cedera, dan hanya dimaklumkan mereka dibawa ke beberapa hospital berlainan sekitar Quebec City.
Insiden Islamfobia meningkat di Quebec sejak beberapa tahun kebelakangan ini ketika perbahasan politik berlaku berhubung pengharaman pemakaian purdah. Pada 2013, sebuah masjid di wilayah Saguenay disimbah dengan dipercayai darah babi.
Di Ontario, daerah berjiran dengan Quebec, sebuah masjid dibakar pada 2015, sehari selepas serangan penembak dan pengebom berani mati di Paris.