
JAKARTA: Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi berkata negaranya kesal dengan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhubung tindakan menggantung kebenaran masuk warga 7 negara majoriti Muslim dan pelarian ke negara itu.
Katanya tindakan Trump itu disifatkan sebagai “pemeriksaan ekstrem”.
Trump pada Jumaat lalu, mengeluarkan arahan membekukan kemasukan pelarian dan warga Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman ke AS buat sementara waktu.
Indonesia yang mempunyai penduduk Islam terbesar dunia bagaimanapun, bukan antara 7 negara majoriti Islam yang berdepan sekatan itu.
Ketika ditanya mengenai tindakan sekatan dilakukan Trump, Retno berkata “Kami kesal dengan dasar yang dikenakan AS itu”.