28 orang hilang: China mulakan prosedur kecemasan

28 orang hilang: China mulakan prosedur kecemasan

Cuaca buruk menganggu usaha pencarian, meliputi kawasan seluas 400 batu nautika persegi.

china-serchng
PETALING JAYA:
Pentadbiran Pelancongan Negara China memulakan prosedur respon kecemasan selepas 28 warganya hilang di perairan Malaysia Timur, lapor Reuters.

Laporan itu turut memetik agensi berita Xinhua sebagai melaporkan konsulat China di Kota Kinabalu meminta kerajaan negeri supaya meningkatkan usaha mencari dan menyelamat (SAR), yang masuk hari kedua.

Dalam kejadian semalam, sebuah bot pelancong jenis Catamaran membawa 28 pelancong China, 1 tekong dan 2 kru dipercayai hilang ketika dalam perjalanan dari perairan Kota Kinabalu menuju Pulau Mengalum.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam kenyataan hari ini berkata bot tersebut bergerak dari jeti Tanjung Aru pada jam 9.00 pagi menuju ke pulau tersebut dan dilaporkan hilang pada jam 9.50 malam. Operasi SAR diaktifkan pada 10.15 malam.

Cuaca buruk menggedanggu usaha pencarian, meliputi kawasan seluas 400 batu nautika persegi.

“Kami sedang melihat angin kencang dan laut bergelora,” kata Timbalan Pengarah Operasi APMM Wilayah Sabah dan Labuan, Kapten Maritim Rahim Ramli.

Operasi SAR melibatkan kekuatan 1 kapal dan 4 bot APMM, 1 kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), 2 kapal polis marin dan 1 pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.