‘Suai kenal’ universiti bertukar jadi medan selar Anis?

‘Suai kenal’ universiti bertukar jadi medan selar Anis?

Gambar di muat naik di Facebook menunjukkan peserta antara lain ditunjukkan gambar aktivis mahasiswa Anis Syafiqah.

anis-suraya
PETALING JAYA:
Program orientasi pelajar baharu sebuah universiti tempatan didakwa menyelitkan “propaganda berbaur politik” dalam salah satu acaranya baru-baru ini.

Gambar tersebar di Facebook menunjukkan slaid memaparkan aktivis mahasiswa Universiti Malaya, Anis Syafiqah Md Yusof, diiringi ayat seperti “kami mengaku akademik kami tidak bagus” dan “salahkah kami bersama pembangkang?”.

Selain itu, ada juga slaid gambar demonstrasi dengan kata-kata “cetus huru-hara”.

Program itu dipercayai sesi penerangan bersama pihak berkuasa sempena “minggu taaruf” (Suai Kenal) bagi pelajar baharu universiti itu di kampusnya di Selangor.

FMT masih berusaha menghubungi pihak berkuasa dan universiti berkenaan mendapatkan komen mereka.

Di minta mengulas, Anis menafikan pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Tidak ada video yang dapat membuktikan saya mengeluarkan kata-kata itu. Saya terkilan apabila poster itu digunakan sebagai bahan ‘brainwash’ kepada mahasiswa baru,” katanya menerusi FB.

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP Perak Howard Lee dalam kenyataannya berkata minggu orientasi sepatutnya menjadi medium memperkenalkan kehidupan universiti kepada pelajar baharu, tetapi disalahguna untuk kepentingan politik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.