KM: Tanah Melaka Gateway tak beri pada pelabur China

KM: Tanah Melaka Gateway tak beri pada pelabur China

Tanah seluas 141.6 hektar daripada kawasan baharu ditambak dijual kepada seorang tokoh perniagaan tempatan

idris-haron-melaka-gateway
MELAKA:
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron menyangkal dakwaan sebuah laman blog bahawa tanah seluas 246.5 hektar di bawah Projek Melaka Gateway di Selat Melaka diberikan kepada pelabur dari China.

Beliau menjelaskan tanah tersebut yang kira-kira 141.6 hektar daripadanya merupakan kawasan laut yang baharu ditambak dijual kepada seorang tokoh perniagaan tempatan.

“Saya tegaskan di sini bahawa segala kemajuan yang berlaku di pesisiran pantai termasuk di tanah yang ditambak itu adalah mengikut peraturan secara terperinci.

“Sudah pasti bila kita melakukan satu kerja yang diberi perhatian banyak pihak terutama pihak antarabangsa… ia mesti mengikut peraturan dan lunas yang ditetapkan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini.

Beliau menyifatkan berita di laman blog “Apanama” bertajuk “Pengkalan tentera Komunis Cina di Melaka” itu dilihat sebagai tidak sensitif dan bertujuan mengelirukan pembaca khususnya rakyat Melaka.

Mengulas lanjut, Idris berkata kerajaan Melaka memang memberikan status pegangan bebas bagi 246.5 hektar tanah itu selaras dengan usaha untuk pembangunan kawasan berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.