Makin banyak masalah jika ‘kapcai’ tak boleh masuk KL

Makin banyak masalah jika ‘kapcai’ tak boleh masuk KL

Persatuan Pengguna-pengguna Pengangkutan Awam (4PAM) berkata jika mahu kurangkan pencemaran, kenderaan lebih besar seperti lori yang sepatutnya dilarang masuk.

kunan-ajit
PETALING JAYA : Persatuan Pengguna-pengguna Pengangkutan Awam (4PAM) hari ini mempersoalkan cadangan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mungkin akan melarang motosikal berkapasiti enjin kecil atau kapcai memasuki Kuala Lumpur sebagai langkah mengurangkan kadar pelepasan karbon.

Presidennya Ajit Johl berkata orang ramai menggunakan kapcai kerana mengelak masalah kesesakan lalu lintas di kawasan pusat bandar.

“Melarang kapcai bukan penyelesaian, dan sebenarnya ia akan menambahkan lagi masalah kerana belum ada rancangan konkrit hendak memperbaiki pengangkutan awam.

“Walaupun kita ada MRT, LRT, Rapid Bas, masih banyak perlu dilakukan,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan menteri Wilayah Persekutuan untuk melarang kapcai memasuki Kuala Lumpur sebagai langkah mengurangkan kadar pelepasan karbon.

Tengku Adnan berkata pihaknya akan melaksanakan larangan itu jika harga tambang pengangkutan awam berpatutan.

Ajit berkata walaupun semakin ramai rakyat Malaysia mula membiasakan diri dengan menggunakan pengangkutan awam, tapi keadaan itu masih belum mencapai tahap yang diharapkan.

Selain itu, Ajit turut mempersoalkan larangan terhadap kapcai itu dengan alasan mengurangkan kadar pelepasan karbon.

Katanya, jika mahu mengurangkan pelepasan karbon, terdapat kenderaan yang lebih besar berbanding kapcai iaitu seperti kereta yang berkelajuan 3,000 kuasa kuda.

“Karbon kereta seperti itu tentu lebih banyak. Kita nak tanya apa objektif sebenarnya?

“Kalau pelepasan karbon objektifnya, kenapa kapcai? Kenapa pilih enjin berkapasiti paling kecil? Pilihlah kenderaan seperti lori,” katanya kepada FMT hari ini.

Kerajaan rancang larang ‘kapcai’ masuk KL

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.