Mahkamah New Zealand dengar bantahan keluarga Jho Low

Mahkamah New Zealand dengar bantahan keluarga Jho Low

Ahli keluarga Jho Low membantah saman difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk menyita aset usahawan itu bernilai kira-kira NZ$230 juta di New Zealand.

jho-low
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Auckland memutuskan untuk mendengar permohonan rayuan ahli keluarga jutawan Low Taek Jho terhadap saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) pada Jumaat ini, lapor NZ Herald.

Permohonan itu membabitkan bantahan ahli keluarga Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low yang menentang hasrat DoJ untuk menyita aset ahli perniagaan berkenaan yang bernilai kira-kira NZ$230 juta (RM736.46 juta).

“Permohonan DoJ di mahkamah AS mengatakan ahli keluarga Jho Low adalah pemegang amanah beberapa aset di New Zealand yang berjaya dibongkar dalam siasatan berkaitan dana 1MDB,” menurut laporan akhbar itu.

Jho Low adalah antara individu dinamakan dalam saman sivil difailkan DoJ pada Julai yang mendakwa lebih AS$3.5 bilion disalahgunakan daripada dana syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

DoJ menerusi tindakan undang-undang itu berusaha merampas aset bernilai AS$1 bilion yang didakwa disalurkan daripada 1MDB dan dialihkan ke dalam estet hartanah mewah di New York, Beverly Hills dan London, lukisan berharga, dan jet peribadi.

1MDB ditubuhkan pada 2009 dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempengerusikan lembaga penasihatnya sehingga baru-baru ini.

Sebelum ini, hakim persekutuan di Los Angeles memutuskan ahli keluarga Jho Low tidak dibenarkan campur tangan dalam tuntutan saman kerajaan AS untuk menyita aset milik ahli perniagaan itu.

Tuntutan saman itu termasuk kepentingan dalam EMI Music Publishing Group bernilai AS$100 juta, jet Bombardier (AS$35 juta) dan kepentingan dalam Hotel Park Lane di New York (AS$380 juta).

Bagi menentang tindakan AS itu tanpa kehadiran Jho Low, seramai 4 ahli keluarganya, termasuk bapa dan abangnya cuba menggantikan pemegang amanah dari Switzerland yang enggan menentang pelucutan hak aset itu.

Saman DoJ diteruskan, permohonan keluarga Jho Low ditolak

Keluarga Jho Low cuba halang mahkamah AS rampas aset 1MDB

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.