Berhenti lindungi Proton, kata badan pemikir

Berhenti lindungi Proton, kata badan pemikir

Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli) berkata tidak mungkin untuk mana-mana industri atau organisasi terus menerus menunggu kerajaan menyelamatkan mereka setiap kali bermasalah.

Ng-Yeen-Seen-1
PETALING JAYA:
Badan pemikir berkata sudah sampai masanya kerajaan menyemak semula dasar keutamaan khasnya kepada Proton kerana pembuat kereta nasional itu tidak berlaku adil kepada duit pembayar cukai yang digunakan untuk menyokong syarikat itu.

Ketua Pegawai Operasi Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli) Ng Yeen Seen berkata dasar perlindungan dan berbilion wang dimasukkan ke dalam Proton mungkin antara sebab mengapa kereta nasional tidak bersaing selama ini.

Beliau berkata semua dasar perlindungan perlu ada “sunset clause” dan semakan berkala diadakan memandangkan pada masa ini ekosistem kehidupan kita sangat tidak menentu.

Duti import dan cukai tempatan memberi kesan besar terhadap kereta luar dan menyebabkan pembeli kereta membayar cukai sehingga 145% bagi kereta jenama asing yang siap dipasang di negara luar (CBU) dan 125% bagi kereta luar yang dipasang dalam negara (CKD).

Dalam keadaan ini, Proton mendapat manfaat daripada duti eksais tinggi yang dikenakan kepada kereta luar.

Tahun lalu, dilaporkan kerajaan memasukkan kira-kira RM14 bilion ke dalam Proton – sejak 1983, dalam bentuk geran, pelbagai bantuan dan pengecualian cukai.

“Sejauh mana Proton dapat dibandingkan dengan kereta lain? Walaupun harga tinggi bagi kereta Jepun dan Korea – yang tidak mahal di luar Malaysia – masih ramai rakyat Malaysia sanggup membelinya di sini.

“Satu-satunya cara untuk menggalakkan organisasi atau individu menjadi kompetitif ialah dengan memberikan mereka peluang berdiri atas kaki sendiri.

“Mustahil untuk mana-mana industri atau organisasi untuk menunjukkan kerajaan menyelamatkan mereka setiap kali ditimpa masalah. Setiap orang perlu belajar untuk menjaga diri sendiri,” katanya.

Menurut data Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dari Januari – November 2016, Perodua memiliki 39.93% daripada pasaran, lebih besar berbanding Jepun, pembuat Honda 17.58%) dan Proton (14.2%).

Sehingga November kira-kira 456,943 kenderaan dijual. Pada 2001, pasaran Proton ialah 53%.

Ng berkata hampir sama, walaupun Dasar Ekonomi Baharu (DEB) berjaya menghasilkan orang Melayu kelas pertengahan dan mengurangkan kemiskinan, peraturan terhadap kuota berasaskan kaum perlu lebih bertenang mengikut peredaran masa.

“DEB berjaya mengurangkan kemiskinan daripada 74% pada 1970 kepada hanya 6% pada masa ini, jadi walaupun pengkritik dasar itu hanya kumpulan istimewa menerima manfaat daripada DEB, tidak boleh dikatakan ia tidak berjaya mengurangkan kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata dalam tempoh itu, kerajaan melonggarkan kuota untuk banyak dasar antara industri dan tindakan itu menunjukkan progresif, tetapi banyak lagi yang masih perlu disemak dan dipertimbangkan dari masa ke masa.

Ng berkata liberalisasi akan memberi faedah kepada negara secara keseluruhan kerana ia akan membantu membuka ekonomi, menjadikan negara lebih kompetitif dan menarik pelaburan langsung asing.

Katanya, lebih penting ialah dasar lebih adil akan membawa impak positif terhadap perpaduan negara kerana tidak ada rakyat dan perniagaan Malaysia yang akan rasa didiskriminasikan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.