Spratly: Fillipina bantah tindakan Beijing bina sistem anti-udara

Spratly: Fillipina bantah tindakan Beijing bina sistem anti-udara

Tatakelakuan antara Asean dan Beijing di Laut China Selatan dijangka siap pertengahan tahun ini, kata menteri luar Filipina

yassack
MANILA:
Filipina membuat bantahan diplomatik kepada China berhubung pembinaan sistem anti-udara dan anti-peluru berpandu di pulau buatan Laut China Selatan, kata menteri luarnya hari ini.

Bantahan diserahkan melalui kedutaan China pada Disember, selepas Manila mengesahkan laporan Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa yang berpangkalan di Amerika Syarikat berhubung kemelaratan persenjataan di 7 pulau tiruan di Kepulauan Spratly.

Salah satu daripada pulau itu terletak dalam lingkungan 200 batu nautika zon ekonomi eksklusif Filipina.

Setiausaha Luar Negeri Perfecto Yasay memberitahu CNN Filipina isu ini perlu dibangkitkan dengan cermat bagi mengelakkan pertelingkahan yang besar.

“Saya mahu beri jaminan kepada rakyat Filipina bahawa kita akan berbincang dengan China, kita tidak mahu mengambil tindakan agresif yang tidak akan menyelesaikan masalah,” katanya.

China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, yang menjadi laluan AS$5 trilion barang dagangan setiap tahun. Timbang tara antarabangsa tahun lepas memutuskan tuntutan itu tidak sah.

Bercakap mengenai isu itu menjadi rumit untuk Filipina sejak Presiden Rodrigo Duterte menterbalikkkan dasar luar negaranya dan menjalin hubungan baharu dengan China. Sebelum itu, Filipina antara negara yang lantang mengkritik pendekatan Beijing.

“Kita tak boleh berperang dengan China,” kata Yasaf, tetapi “bila ada laporan mengenai kemelaratan sistem persenjataan di kawasan itu, kami akan pastikan kepentingan dan hak rakyat Filipina terjaga.”

Filipina mempengerusikan Asean tahun ini dan Yasay pada minggu lalu berkata tatakelakuan antara pertubuhan serantau itu dan China akan siap pertengahan tahun ini, selepas 15 tahun.

Pulau buatan China menjadi isu panas minggu lepas apabila Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson kepada Senat berkata Beijing perlu dikeluarkan daripada pulau berkenaan dan disekat.

Yasay berkata Filipina tidak mahu terlibat dalam usaha itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.