
Katanya, tindakan saman tersebut diambil kerana merasakan ia tidak berasas dan bercanggah dengan Perlembagaan.
Asheeq dikenakan tindakan disiplin – denda RM200 dan digantung pengajian selama satu semester kerana terlibat dalam perhimpunan itu. Anis Syafiqah Mohd Yusof yang mengepalai perhimpunan itu dan dua lagi pelajar Universiti Malaya turut digantung pengajian kerana terlibat dalam perhimpunan itu.
PIhak UKM dan Kementerian Pendidikan Tinggi berserta kerajaan telah dinamakan sebagai defendan.
“Saman ini dibiaya duit simpanan saya dan juga dana yang dijana beberapa kumpulan.
“Dana ini digerak beberapa pihak termasuklah pelajar, pemuda DAP Selangor dan beberapa NGO yang mahu saya memenangi kes ini,” katanya ketika ditemui di lobi Mahkamah Jalan Duta hari ini.
Perhimpunan #TangkapMO1 telah diadakan pada 27 Ogos lalu di Kuala Lumpur dan disertai oleh kebanyakan pelajar university yang mahukan tindakan diambil terhadap Malaysian Official One (MO1) yang telah dinamakan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) dalam saman sivil terhadap 1MDB tahun lepas.