Mara henti taja bola sepak Kelantan

Mara henti taja bola sepak Kelantan

Annuar Musa akur arahan menteri menghentikan penajaan Mara terhadap pasukan bola sepak Kelantan susulan aduan daripada TMJ.

mara
PETALING JAYA:
Majlis Amanah Rakyat (Mara) membuat keputusan menghentikan penajaan bagi perkara tidak berkaitan dengan pendidikan.

Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau akur dengan arahan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menghentikan penajaan tahun ini.

“Kami akan mematuhi arahan. Ia adalah satu langkah yang baik,” beliau dipetik berkata oleh Sinar Harian hari ini.

Kenyataan beliau susulan pendedahan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang mendakwa Annuar memaksa Mara dan anak syarikat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) membiayai pasukan The Red Warrior.

Persatuan Bola Sepak Kelantan berada di bawah pentadbiran Annuar sehingga beliau meletak jawatan pada November tahun lepas.

Annuar yang juga ketua Penerangan Umno, berkali-kali menafikan dakwaan TMJ dan menegaskan tiada wang Mara disalur kepada pasukan bola sepak itu.

Sementara itu, laporan Berita Harian berkata Annuar akan mengemukakan laporan penuh kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah mengenai perkara itu.

Beliau juga berkata, The Red Warriors akan terus mempunyai logo Mara pada jersi mereka. Ini kerana pasukan tidak mempunyai masa menyediakan yang baru, katanya.

3 parti pembangkang tuntut Annuar Musa jawab dakwaan TMJ

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.